my black exora

tanggal 14.5.2010 nanti genapla 1 tahun aku memiliki exora. semalam 7.5.2010 aku baru tampal cukai jalan yang baru kat keta exora aku.

dalam setahun ni aku banyak dok perati macam macam exora orang lain yang dah dibuat macam macam modifikasi. ada yang aku geram tengok pasal diaorang buat cantik pada pandangan aku dan ada exora yang aku tengok jadi geli hati, tah hapa-hapa.

aku pun tak terkecuali dari melakukan modifikasi ringan terhadap exora aku iaitu aku tambah bodykit dan tambah head rest yang pada aku lebih sesuai dari head rest asal yang original.
aku teringin gak nak pasang rim 17 inci tapi aku rasa tak berapa sesuai lagi fasal kereta ni masih dalam jaminan proton dan aku rasa buat masa ni biarkanlah dulu, tapi nanti tak taulah. dulu pun nyaris-nyaris aku rembat rim 17 offset kat kedai papan kat klang. nasib baik poket aku nipis ari tu... kalau tebal pokoet tu gerenti aku dah rembat. tak ingat dah jaminan kilang tu..he he....heeeee.

ni gambar terkini keta exora aku......









Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

aku dan basikal