sehari kuala terengganu
secebis kenangan di kuala terengganu...09 jun 2009
masjid kristal yang menjadi mercu tanda terbaru negeri terengganu. pernah mencetuskan gempar suatu masa dulu dengan klip video wajah misteri di masjid ini.
bergambar di sisi replika masjidil haram Mekah. semoga suatu hari nanti boleh menjejakkan kaki dan bersolat di dalam masjid yang mulia ini. amin....
replika di dalam masjid aqsa di palestin. kiblat pertama umat islam yang kini berada di bawah kuasa israel. di atas replika batu inilah dikatakan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhamad S.A.W telah naik ke langit dan menerima kewajiban bersolat ke atas umatnya semasa peristiwa isra' dan mikraj.
antara beberapa replika masjid yang terdapat di dalam taman tamadun islam.
demikianlah beberapa keping gambar kenangan di masjid kristal dan tti
Comments