kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia
assalamualaikum.....
kali ini aku nak menulis pula tentang nama-nama jin yang kerjanya mengganggu manusia. aku dapat maklumat ni dari siri ceramah yang aku ikuti di radio Malaysia Pahang pada tarikh 15 dan 16 mei 2010. ceramah ini disampaikan oleh ustaz Abdullah Mahmud.
dulu aku berkesempatan menelefon ustaz Abdullah dan meminta keizinannya bagi aku mencuba beberapa petua yang telah aku dengari dari siri kulaih beliau di sekitar daerah Kuantan ini dan ust telah memberikan keizinannya kepadaku . Alhamdulillah......
kali ini pula aku berpeluang mengenali beberapa nama jin yang sentiasa berusaha mengganggu manusia dalam kehidupan harian kita. semoga aku dan jika ada yang membaca tulisan aku kali ini dapat mengelakkan dari memberikan nama-nama jin ini kepada anak yang dilahirkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak-anak kita menjadi tidak berapa baik dan rosak akhlaknya.. na'uzubillah hi min zalik...
antara nama jin dan tugasnya adalah:
- ummu mildan - tugasnya ialah mengganggu anak-anak yang cerdik akal pemikiran dan pembelajaran. biasanya menyebabkan histeria dan tekanan perasaan.
- ummu subian - tugasnya ialah mengganggu bayi yang baru dilahirkan. kebiasaanya bayi akan menangis pada sela waktu yang hampir sama setiap hari adalah disebabkan gangguan jin ini.
- was was - menyebabkan kita merasa was was dalam tiap perkara yang kita lakukan terutamanya ketika melakukan sembahyang dan semasa mengambil wuduk. cara bagi kita menangani rasa was was adalah dengan kita membacakan surah An Nas dan dijadikan amalan seharian kita.
- dasim - nama bagi jin @ syaitan yang sentiasa menyemai rasa supaya kita membenci antara satu sama lain dan juga menyebabkan kita bergaduh antara satu sama lain.
- ifrit - jin yang bertanggungjawab mengangkat atau membawa kita kesatu kawasan lain tanpa sedar. contohnya pada waktu malam kita tidur di atas katil di dalam rumah dan apabila kita sedar kita berada di satu kawasan lain. ini adalah kerja jin ifrit.
sekiranya kita memberikan nama jin ini kepada anak kita, sudah pasti kita akan ditanya oleh Allah di padang Mahsyar kelak kenapa kita memberikan nama yang menyebabkan anak kita rosak akhlak dan kita sebagai ibu bapa yang akan dipertanggungjawabkan kelak atas kelakuan anak kita.
wallah hu a'lam..
Comments