aku dan basikal
aku mula berbasikal rasanya bila umur aku 8 atau 9 tahun.. abah ada beli sebuah basikal mini untuk kegunaan aku pergi ke sekolah dan ke kedai. aku tak berapa ingat jenama basikal tu...deluxe rasanya. ada dinamo, ada lampu 2 biji dan berwarna biru muda...
Rasanya basikal tu bertahan standart dalam 2 tahun, lepas tu banyak di modified oleh aku sbb nak gunakan untuk test trek di sekolah agama. Trek buatan sendiri dimana ada satu busut yang agak tinggi yang dijadikan sebagai tanjakan untuk aktiviti melompat dan terbang bersama basikal..habis ranap basikal yang abah belikan. Waktu tu juga basikal BMX tengah naik dan glamour, abah tak mampu nak belikan basikal BMX, jadi, aku ubahsuai lagi basikal mini menjadi baby BMX yg boleh beraksi seperti basikal BMX.
Waktu aku darjah 5 @ 6..ada sekali aku bawa basikal mini aku mengembara mengelilingi gugusan Bera bersama dengan beberapa orang rakan. Brek basikal tak ada tp aku jadikan selipar aku sebagai brek basikal yang keputusan akhirnya menyebabkan bahagian tengah selipar aku berlubang...ehmmmm. memori dahulu kala....
Sekarang...genap setahun aku kembali bermain basikal..
puncanya anak lelaki aku yang beria sangat nak beli basikal MTB..jadi aku pun belilah sebiji. Jenama TRS Twilight berwarna biru..aku beli basikal ni sebagai "booster" untuk Hakim mencapai kecemerlangan dlam PT3. alhamdulillah..berjaya juga Hakim mencapai 6 A.
Ada satu hari minggu Hakim mngajak aku beriadah di Teluk Cempedak, nak panjat bukut TC katanya. Aku setuju. Dia bawa Twilight, aku bawa basikal besi Oscar yang aku beli 4 tahun lepas.
Pengembaraan bermula...basikal oscar aku habis tercabut absober ,patah pedal dan brek jem..penangan bukit TC.
2 bulan selepas tu aku pun beli sebiji lagi basikal MTB oren jenama Gammax. Huh, seronok juga berbasikal rupanya, ditambah lagi dengan trail bukit TC yang mencabar. selama 6 bulan aku berbasikal dengan si oren, aku dapati basikal ini tak boleh menampung kelasakan yang tinggi. Gayanya macam nak kena 'upgred' nih......
Akhirnya , aku melamar si Merida. Bagi aku basikal ini cukup mahal...tak pernah aku membelanjakan sebegitu banyak duit untuk membeli basikal. Tapi, kerana minat yang semakin mendalam dengan aktiviti berbasikal ini, aku beli juga... Alhamdulillah.
Dengan si Merida inilah aku banyak menyertai aktiviti berbasikal seperti fun ride dan jamboree. Sebenarnya aku ada menyimpan hasrat nak beli sebuah 'road bike'. Tapi aku pendamkan sahaja hajat sebab aku baru mengeluarkan belanja yang agak besar bila aku beli Merida ni.
Walau macam mana pun, kedai basikal seperti memanggil nama aku untuk berkunjung ke kedai basikal di bandar, rupa rupanya ada sebiji basikal road bike terpakai yang hendak bertukar tangan. Heheee...Pindah ke tangan aku rupanya...Fuji Roabaix..selamat datang...tercapai semua impian aku untuk memiliki basikal road bike.
Konon dah tercapai semua impian membeli basikal. Aktiviti berbasikal aku membawa aku berjumpa ramai kawan baru dengan pelbagai jenis basikal, dan yang terkini mula bermain difikiran aku ialah "fat bike". Tungguuuuu....masa akan menentukan sama ada aku akan membeli fat bike ini atau tidak..

Comments