petua menghilangkan mabuk mengandung
aku balik kumai sempena cuti hari hol negeri pahang dan sempena hari ibu yang di sambut sekarang ni pada tiap ahad minggu pertama bulan 5 tiap-tiap tahun. pada aku, setiap hari adalah hari ibu yang wajib bagi tiap anak mengingatkan ibu mereka termasuklah aku.... walaubagaimanapun, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU pada mak iaitu CHE MANIS BT HUSIN..
sambil aku duduk bersembang dengan mak tiba-tiba terkeluarlah topik mengandung ini. sebab adik ipar aku Nor sekarang ni tengah mengandung. dia ni dulu mabuk teruk jugaklah ... maklumlah mengandung sulong..
mak bagi satu petua bagi menghilangkan mabuk mengandung iaitu dapatkan jagung yang agak-agak tua yang biasanya dijual ditepi jalan. kemudian jagung tersebut perlulah dibakar tanpa menggunakan garam atau apa-apa bahan lain dan setelah masak , jagung tersebut bolehlah dimakan. insyaallah mujarab bagi menghentikan mabuk mengandung.
kemudian barulah aku ingat dulu pun aku pernah mengamalkan petua yang sama dan ia berkesan terhadap isteri aku.....
apa apa pun terima kasih mak kerana mengingatkan along tentang petua tersebut......
Comments