gambar keluarga yang diambil pada hari raya puasa tahun 2008. ada 4 + 1 orang. yang + 1 tu ada dalam perut lagi pada masa tu..
yang bersongkok tu tak lain tak bukan aku la tu.. chek E. yang cerah disebelah tu ialah isteri kesayangan aku.. panggil ila jer. kami berkahwin pada tanggal 5.9.99. jadi usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun. alhamdulillah.. kini kami dikurniakan 3 orang cahaya mata dan cahaya hati.
yang sulung adalah putera yang bernama muhammad faiz hakim. suara boleh tahan. pernah menyanyi nasyid pada hari konvokasyen tadika kemas di triang dan juga wakil pemidato daerah bera bagi pertandingan pidato tadika tahun 2005. sekarang ni mula menunjukkan bakat dalam bidang sukan pula. tiap petang isnin, rabu dan jumaat pergi bermain hoki di sekolahnya. SKSS.
yang kedua adalah seorang puteri hitam manis yang bernama nurin aqilah. umurnya pada tahun ni adalah 5 tahun dan sudah mula menunjukkan minat dalam bidang sukan dan petah berkata. aku pun tak tau la apa yang boleh diketengahkan dari puteri ku ini. kalau di sekolahnya aku sentiasa mendapat tahu bahawa dia ni suka menonjolkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. aku ingat lagi bila mula berpindah ke kuantan, baru 2 minggu bersekolah dia sudah boleh bermain bola jaring bagi pasukan tadikanya PPAK. dalam pertandingan tadika Dun tanjung lumpur PPAK telah menjadi johan dalam acara silat, tempat kedua acara galah panjang dan ketiga acara bola jaring.
yang ketiga tu dah keluar dan berusia hampir 9 bulan sekarang. namanya nurin azyyati. yang ni cerah berbanding abang dan kakaknya. perangainnya pun sudah mula menunjukkan kebolehan seperti abang dan kakaknya juga. pada usia 7 bulan lebih dia sudah mula berdiri sendiri tapi sampai sekarang tak nak berjalan. tapi bila dibawa ke pasaraya yang ada eskalator mesti dia ni nak berdiri di atas eskalator tu. pening juga nak layan kerenah budak kecil nih! tapi tak apa..
abah sayang semua anak-anak abah.....I LOVE YOU ALL.......
Comments