kenduri sambut ramadhan dan naik rumah baru

Pada hari sabtu 16.8.2009 aku dan keluarga mengadakan satu majlis kenduri di rumah baru aku. Kenduri ini diadakan sempena masuk ke rumah baru dan menyambut ramadhan al mubarak. semoga mendapat keberkatan dari majlis tersebut.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan juataan terima kasih kepada semua kawan - kawan yang hadir pada malam tersebut. Ucapan ini juga ditujukan khas kepada kedua ayahanda dan bonda yang turut bersama sama membantu dari segi kelengkapan dan memasak makanan pada hari tersebut. TERIMA KASIH AYAHANDA DAN BONDA...

sedikit gambar kenangan pada petang dan malam tersebut.



budak kecik ni dah ada buai pun nak tidur atas tangan ibu dia.. payah nak dapat gambar macam ni.

kaki aku bersama dengan rempah gulai ayam dalam kuali.. tu yang jadi sedap sangat gulai ayam tu.

oh bondaku! walaupun tak pakai baju yang cantik semasa memerah santan, tapi gulai ayam tu tetap yang terbaik.

abah yang aku sayangi sedang berposing bersama gulai ayam.

isteri yang tercinta juga meminta untuk dimasukkan gambarnya di dalam blog ini. jadi untuk tidak menghampakan permintaannya aku pun memasukkan gambar ini. si kecik pun mengambil peluang untuk berposing tapi malu kerana gambar tidurnya telah diletakkan di bahagian atas tadi.


ibu mertuaku.... bukan macam ibu mertuaku dalam cerita p. ramlee. kalau bab memasak lauk kenduri serah kat mak mertua aku. pasti beres. ada la member kat tempat kerja aku yang mintak resepi petai masak tempoyak. begitula penangan masakan mak mertuaku..

ni lah dia tukang masak petai tempoyak yang menjadi pujaan ramai.. mak teh dari jaya gading


adik aku nombor dua. nampak macam bendera negeri pahang bila bergambar dengan anak aku

adik bongsu aku yang masih belajar di cheras. demam pada hari kenduri... kesian dia. walau bagaimana pun along nak ucapkan terima kasih sebab beli kek untuk along dan kak. sorang lagi adik gambarnya tak ade kat dalam komputer. namanya nazrul tapi glamour drngan panggilan black kat kuantan nih.


adik ipar aku yang degil.. tu yang kena tarik telinga tu.... acah jer tak degil pun!

antara jemputan terawal tiba.. kak da dan anak beranak, kak wie anak beranak dan si dara yang belum berpunya ???? nor. ye ke ni ???

selamat menjamu selera... terima kasih kerana datang ke rumah .. kak ita sekeluarga dan tidak dilupakan puan seri rosmuni dan keluarga.. puan seri muni ni pemalu sikit sebab tu semasa juru gambar snap gambar dia berpaling ke arah lain. pemalu dia nih..

ni la orang mintak rasepi petai masak tempoyak. Ju namanya... sebelah dia tu masih single lagi.. nama dia zana..


majlis sembahyang hajat yang di imamkan oleh tuan guru besar sk kuala penor. ust shafie. diimport khas dari pekan


semoga segala doa kita semua diteriama oleh Allah s.w.t. amin.


beratur mengambil giliran untuk menjamu selera selepas selesai solat isyak berjemaah.


selamat menjamu selera...

semoga majlis yang diadakan mendapat keberkatan dan diredai Allah s.w.t. amin ya rabbal alamin.....



Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

lagi petua dr ust abdullah mahmud