lembu..lembu......lembu...........


sepetang bersama lembu.

pada tarikh 21.08.09 aku telah pulang ke felda kumai sempana cuti sekolah dan di kesempatan ini aku bersama sama dengan abah telah membuat satu lawatan amal ke kandang lembu pada petang esoknya yang berada di kawasan ladang abah. di dalam lawatana amal ini aku berpeluang menjenguk kembali lembu-lembu aku yang telah aku tinggalkan selama hampir 5 bulan kerana perpindah ke kuantan. aku memang dah tak kenal dengan lembu aku ni kerana waktu 5 bulan lepas, ketinggian anak lembu aku ni lebih kurang budak darjah 3 tapi sekarang dah jadi macam ibu lembu... dah besar la tu..

aku hanya ada 6 ekor jer sebenarnya dan ditambah dengan 3 ekor lembu adik aku dan bercampur dengan kumpulan lembu milik orang lain yang berada dalam kawanan tu..

jadi sebagai kenangan aku abadikanlah gambar lembu-lembu aku ni dalam internet sebab lepas ni mungkin aku dah tak jumpa lagi dengan lembu aku ni sebab ada yang nak kena sembelih, ada yang nak kena jual dan sebagainyalah.

terima kasih aku nak ucapkan pada abah dan angah yang tolong tengok-tengokkan lembu ni ....

abah memberi minum air garam kepada blek


mana si setem ni???


semua ni ana yang punya...

si pink... namanya
tanduk lembek bersama anak keduanya.
masih mencari setem. anak lembu
si baguk yang dianggar bernilai 2500

anak naza yang telah dijaul ibunya...naza. berapa agaknya harganya nih???

Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

aku dan basikal