hakim kena jahit

5 julai 2010... hakim telah mencatat satu sejarah yang tak mungkin aku lupakan...berlaku satu kemalangan yang tragik dalam bilik air kedua..hakim telah memanjat sinki bilik air tersebut kononnya untuk membetulkan shower untuk mandi bersama adik adiknya..

nak dijadikan cerita..sinki tersebut jatuh dan telah pecah lalu terkena bahagian luar paha kanannya dan tekah menyebabkan luka yang dalam dan sepanjang lebih 3 cm..

aku pada waktu tersebut sedang mengambil wuduk untuk mengerjakan solat maghrib dan tiba tiba aku terdengar satu bunyi yang pelik dan dahsyat di bilik air budak budak ni dan ..

aku berlari menuju untuk melihat apa yang berlaku...aku terdengar semua anak anak aku menangis dan si hakim ni sedang menangis meminta maaf tentang apa yang dilakukannya tadi... sambil memegang pehanya yang sedang berdarah. darah yang tak berhenti henti mengalir merayu mintak dimaafkan ...

aku terus mengangkat keluar azy dan nurin yang sedang menangis. Nurin menanis sambil berkata " abah.. tolong abah.. kakak tak nak abang mati". itulah perkataan yang masih terngiang ngiang ditelinga aku sampai sekarang. aku juga tak dapat lupakan peha hakim yang berdarah tak henti henti.

nasib baik aku tak panik, aku suruh isteri aku mengambil bandage yang ada untuk mengikat peha hakim bagi mengurangkan pendarahan... dan terus bawa hakim ke klinik .di sana hakim menerima sembilan jahitan bagi menutup luka...

sampai skarang aku masih lagi rasa ngeri mengenangkan apa yang telah berlaku hampir seminggu yang lalu dan baru sekarang aku rasa aku ada kekuatan untuk menulis.


Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

lagi petua dr ust abdullah mahmud