Posts

Showing posts from 2009

konvo oum di pwtc 14.11.09

Image
hari ni.sabtu 14.11.09 aku dan isteriku telah dengan rasminya bergelar siswazah di majlis konvokesyen ke 7 oum. alangkah gembira hatiku dengan gelaran siswazah setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun..... huh bangganya. kenangan di majlis konvo .......

angin

minggu ni 5 - 9.10.2009 aku tak tahu kenapa angin aku tak berapa baik. sepanjang minggu ni aku asyik marah-marah saja. tak habis kat sekolah aku sambung balik kat rumah... di sekolah boleh kata 80 % murid kena marah dengan aku dan di rumah anak-anak aku pula kena marah...... hai entahla........ temper betul aku minggu ni....

nurin dan kutu babi..kutu babi????????

Image
kali ni aku nak tulis lagi satu cerita fasal nurin ni. kalau dulu dia sembur minyak wangi ke dalam mata, kali ni dia sakit telinga fasal kutu babi masuk ke dalam telinga dia. kalau tak salah aku dia mula kata sakit telinga pada 2.9.09, jadi pada 3.9.09 aku suruh ibunya membawa si nurin ni ke klinik syed badarudin di taman berjaya permai dan bila di periksa, doktor menyatakan ada kutu babi dalam telinga dia. dapat la ubat titis telinga.... aku pun titis la ubat dalam telinga dia dan doktor kata kalau tak sembuh dalam masa dua hari, kena bawak dia pergi ke hospital tapi dalam dua hari tu sembuh. oklah... tanggal 13.9.09. sekali lagi si budak nurin ni mengadu sakit dalam telinga yang kutu babi masuk tu. aku pun suluhla dalam terowong tu nak tengok. jumpa la dua tiga bintik hitam. mungkin tahi kutu babi kot. aku tak pasti lalu aku bawak la nurin ni sekali lagi ke klinik. doktor pun menoropong dalam terowong tu dan kata mungkin ada lagi dan telah memberi surat untuk ke hospital kuantan bagi

Cara Basuh Tangan Yang Betul

Check out this SlideShare Presentation: Cara Basuh Tangan Yang Betul View more documents from innet .

main bola

Image
ni dia bakal pemain bola terkenal. AZY...... acah jer. ni la anak aku yang bongsu setakat ni. kalau nak ilut tarikh lahir , 10 hb september 2009 akan berumurnya 10 bulan. dalam 2 minggu kebelakangan ni dia dah mula menapak dan bertatih berjalan dan lebih kurang 10 hari dulu dia ddah mula berjalan sendiri. ye lah .. nak berdikari katakan. tapi pada hari ini 09.09.09 dia dah boleh berjalan dengan baik dah. nak kemana-mana mesti berjalan. aku pun tumpang seronok sebab dah kurang la kerja aku mendukung si azy ni bila bersiar-siar. walau macam mana pun semejak dia pandai berjalan ni, waktu aku berbuka puasa dah tak sereleks dulu. ada jer modal si azy ni nak berjalan dalam pingganlah, nak bertatih dalam kuah gulailah dan macam-macam lagi. dulu aku bagi jer sebijikm pinggan isi nasi putih, settle masalah, tapi sekarang macam macam ada.... walau bagai mana pun aku gembira sebab perkembangan anak anak aku semuanya ok. alhamdulillah..... video klip di bawah aku ambil pada tarikh 04.09.09 sewaktu

lembu..lembu......lembu...........

Image
sepetang bersama lembu. pada tarikh 21.08.09 aku telah pulang ke felda kumai sempana cuti sekolah dan di kesempatan ini aku bersama sama dengan abah telah membuat satu lawatan amal ke kandang lembu pada petang esoknya yang berada di kawasan ladang abah. di dalam lawatana amal ini aku berpeluang menjenguk kembali lembu-lembu aku yang telah aku tinggalkan selama hampir 5 bulan kerana perpindah ke kuantan. aku memang dah tak kenal dengan lembu aku ni kerana waktu 5 bulan lepas, ketinggian anak lembu aku ni lebih kurang budak darjah 3 tapi sekarang dah jadi macam ibu lembu... dah besar la tu.. aku hanya ada 6 ekor jer sebenarnya dan ditambah dengan 3 ekor lembu adik aku dan bercampur dengan kumpulan lembu milik orang lain yang berada dalam kawanan tu.. jadi sebagai kenangan aku abadikanlah gambar lembu-lembu aku ni dalam internet sebab lepas ni mungkin aku dah tak jumpa lagi dengan lembu aku ni sebab ada yang nak kena sembelih, ada yang nak kena jual dan sebagainyalah. terima kasih aku nak

penangan N1H1 selsema babi

Image
kini pandemik selsema babi telah menular ke tempat kerja aku... menggemparkan.... kini semua staf dan murid telah diwajibkan untuk memakai topeng surgeri bagi membendung penularan..... setakat ini telah disahkan seorang murid positif N1H1 ini.. kenapa perkara ini berlaku. marilah kita bersama sama muhasabah diri...

kenduri sambut ramadhan dan naik rumah baru

Image
Pada hari sabtu 16.8.2009 aku dan keluarga mengadakan satu majlis kenduri di rumah baru aku. Kenduri ini diadakan sempena masuk ke rumah baru dan menyambut ramadhan al mubarak. semoga mendapat keberkatan dari majlis tersebut. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan juataan terima kasih kepada semua kawan - kawan yang hadir pada malam tersebut. Ucapan ini juga ditujukan khas kepada kedua ayahanda dan bonda yang turut bersama sama membantu dari segi kelengkapan dan memasak makanan pada hari tersebut. TERIMA KASIH AYAHANDA DAN BONDA... sedikit gambar kenangan pada petang dan malam tersebut. budak kecik ni dah ada buai pun nak tidur atas tangan ibu dia.. payah nak dapat gambar macam ni. kaki aku bersama dengan rempah gulai ayam dalam kuali.. tu yang jadi sedap sangat gulai ayam tu. oh bondaku! walaupun tak pakai baju yang cantik semasa memerah santan, tapi gulai ayam tu tetap yang terbaik. abah yang aku sayangi sedang berposing bersama gulai ayam. isteri yang tercinta juga meminta untuk d

sehari kuala terengganu

Image
secebis kenangan di kuala terengganu...09 jun 2009 masjid kristal yang menjadi mercu tanda terbaru negeri terengganu. pernah mencetuskan gempar suatu masa dulu dengan klip video wajah misteri di masjid ini. bergambar di sisi replika masjidil haram Mekah. semoga suatu hari nanti boleh menjejakkan kaki dan bersolat di dalam masjid yang mulia ini. amin.... replika di dalam masjid aqsa di palestin. kiblat pertama umat islam yang kini berada di bawah kuasa israel. di atas replika batu inilah dikatakan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhamad S.A.W telah naik ke langit dan menerima kewajiban bersolat ke atas umatnya semasa peristiwa isra' dan mikraj. antara beberapa replika masjid yang terdapat di dalam taman tamadun islam. demikianlah beberapa keping gambar kenangan di masjid kristal dan tti

nurin

Image
budak ni baru 5 tahun. tak pandai membaca lagi tapi dah macam profesor matematik kalau baca sifir satu... itu jer yang dia pandai buat setelah sekolah sejak 2 tahun. kalau bab bergaya, memang boleh serah kat dia. sampai ada satu kali tu dia tersembur minyak wangi ibunya ke mata... padan muka habis semua orang marah kat budak nih. matanya semalaman merah dan nasib baik pagi esok dah pulih macam biasa. kalau tak mesti kena bawa ke hospital.

bakat baru hakim

Image
ni gambar anak sulong aku..... hakim namanya... teringin nak karang cerita, jadi aku bagi la can kat dia untuk mengarang cerita..... silakan hakim.. Hi saya ni hakim saya nak cerita pengalaman di sekolah baru.Sekarang saya ada hobi baru iaitu bermain hoki pada setiap petang isnin,rabu dan jumaat manakala hari ahad,selasa,khamis dan sabtu saya bermain basikal je dengan adik saya.Baiklah sekarang saya akan ceritakan pengalaman saya didalam kelas saya sebenarnya ketua kelas saya yang bernama Shafizul Aiman kena gantung bukan gantung sampai mati tetapi kena pecat dari menjadi ketua kelas.Penolong ketua kelas kami sangat belagak setelah menjadi penolong ketua kelas.Kalau nak tahu dalam PKSR 2 saya mendapat tempat ke 2. Siapa yang membaca cerita saya ni saya ucapkan terima kasih. ok tak cerita hakim nih????
Image
gambar keluarga yang diambil pada hari raya puasa tahun 2008. ada 4 + 1 orang. yang + 1 tu ada dalam perut lagi pada masa tu.. yang bersongkok tu tak lain tak bukan aku la tu.. chek E. yang cerah disebelah tu ialah isteri kesayangan aku.. panggil ila jer. kami berkahwin pada tanggal 5.9.99. jadi usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun. alhamdulillah.. kini kami dikurniakan 3 orang cahaya mata dan cahaya hati. yang sulung adalah putera yang bernama muhammad faiz hakim. suara boleh tahan. pernah menyanyi nasyid pada hari konvokasyen tadika kemas di triang dan juga wakil pemidato daerah bera bagi pertandingan pidato tadika tahun 2005. sekarang ni mula menunjukkan bakat dalam bidang sukan pula. tiap petang isnin, rabu dan jumaat pergi bermain hoki di sekolahnya. SKSS. yang kedua adalah seorang puteri hitam manis yang bernama nurin aqilah. umurnya pada tahun ni adalah 5 tahun dan sudah mula menunjukkan minat dalam bidang sukan dan petah berkata. aku pun tak tau la apa yang boleh diketenga
Image
aku bukannya mat bunga raya, tetapi aku bangga dengan bunga kebangsaan negara kita.. tambahan pula aku dilahirkan dalam bulan kemerdekaan walaupun bukan pada tanggal 31 ogos. aku anak merdeka.... selamat manyambut bulan kemerdekaan..

histeria

aku bertukar tempat kerja dari triang ke kuantan pada bulan 3 2009 lalu. sebulan sebelum aku bertukar, ada berlaku satu kejadian histeria di tempat kerja lama aku, jadi sebagai salah seorang dari dua staf lelaki, aku terpaksa menolong untuk memegang dan mententeramkan rakan sekerja yang terkena histeria ini dan secara tidak sengaja,'benda' tu melekat pada aku dan aku terpaksa menanggung akibat dari menolong tadi dan akhirnya aku sembuh setelah berjumpa dengan seorang ustaz di daerah bera. alhamdulillah... kini ditempat kerjaku yang baru, kejadian yang sama berlaku kepada 3 orang kanak-kanak ditempat kerja dan sekali lagi aku terpaksa menolong dan di sini kejadian tersebut berlaku dengan lebih kerap lagi. persoalannya kenapa perkara sebegini semakin kerap kedengaran dan berlaku sekarang?????