aku mula berbasikal rasanya bila umur aku 8 atau 9 tahun.. abah ada beli sebuah basikal mini untuk kegunaan aku pergi ke sekolah dan ke kedai. aku tak berapa ingat jenama basikal tu...deluxe rasanya. ada dinamo, ada lampu 2 biji dan berwarna biru muda... Rasanya basikal tu bertahan standart dalam 2 tahun, lepas tu banyak di modified oleh aku sbb nak gunakan untuk test trek di sekolah agama. Trek buatan sendiri dimana ada satu busut yang agak tinggi yang dijadikan sebagai tanjakan untuk aktiviti melompat dan terbang bersama basikal..habis ranap basikal yang abah belikan. Waktu tu juga basikal BMX tengah naik dan glamour, abah tak mampu nak belikan basikal BMX, jadi, aku ubahsuai lagi basikal mini menjadi baby BMX yg boleh beraksi seperti basikal BMX. Waktu aku darjah 5 @ 6..ada sekali aku bawa basikal mini aku mengembara mengelilingi gugusan Bera bersama dengan beberapa orang rakan. Brek basikal tak ada tp aku jadikan selipar aku sebagai brek basikal yang keputusan akhirnya menyebabka
Comments