Aku sakit hati, hati aku sakitttttttttt

Memang aku sakit hati bila aku menyaksikan seorang ibu ditinggalkan oleh menantu yang baru berkahwin dengan anak gadisnya kira kira 2 bulan yang lepas pergi meninggalkannya untuk menyambut 1 syawal di rumah keluarganya. Pergi membawa bersama isterinya yang kononnya dia sayang. Aku tak tahu apa erti kasih sayang oleh sang menantu baru itu! Mungkin sayang padanya bererti ada disampingnya selalu? Tapi bagaimana dengan sayang seorang ibu yang baru kehilangan suami tercinta?

Selalunya aku lihat perkara sebegini melalui kaca television sahaja, tapi kali ini aku dapat melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri perkara yang aku sifatkan sebagai tanggang moden. Anak pergi meninggalkan ibunya yang sedang bersedih kehilangan tempat mengadu. Pergi menyambut 1 syawal dirumah lain yang mungkin akan memberikan kebahagiaan ke[ada sang anak!!!

Aku sakit hati melihat sang anak mengemas barangnya dan diletakkan ke dalam kereta untuk pergi entah kemana? Kesyurga atau neraka???tidak mereka terfifir dengan tindakan mereka itu akan menambahkan kesedihan ibu yang telah menjaga mereka dari kecil hingga sekarang? Yang telah menyuapkan mereka dengan segala kegembiraan dari dahulu hingga ke jinjang pelamin?

Seingat aku ibu inilah yang sanggup berceritakan kehebatan anaknya itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang yang mendengarkannya dahulu, tapi kini pada aku segala kehebatan anaknya dulu tidak membawa apa apa erti lagi kerana pada aku, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan apa yang telah dilakukan oleh anak itu terhadap ibunya. Kebanggaan ibunya yang tidak membawa apa apa makna dalam diri aku.

Tak bolehkah menunggu sehingga selesai bersembahyang sunat aidilfitri terlebih dahulu dan pergi menziarahi pusara ayahnya terlebih dahulu??? Uhh sungguh kurang ajar. Saki baki hayat arwah dahulu dihabiskan dengan menyiapkan majlis perkahwinannya dulu. Badan yang sakit, muka yang bengkak, sentiasa tersenyum bagi memastikan majlis anaknya berjalan lancar. Inikah balasannya setelah ketiadaanya sekarang??? Uhh sungguh kurang ajar!

hati aku sakit, kenapa ada lagi anak yang tak berperikemanusiaan? Mana letaknya akal yang telah diberikan Allah kepadanya? Aku tak faham sungguh. Inilah dunia akhir zaman.

Ya Allah, jauhkanlah perangai dan perbuatan seperti ini dari ada dalam diriku dan keluarga aku. Semoga aku dan adik adiku dapat menjaga kedua ibu bapaku dengan baik dan sempurna hingga hari akhirat,,amin…..

Kepada sesiapa yang membaca luahan hati aku ini, diharapkan dapat menyedekahkan surah al fatihah kepada arwah pak cik Mohd Nosi yang telah kembali mengadap yang maha Pencipta dan kepada semua roh umat islam yang telah tiada…al fatihah……


 

Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

lagi petua dr ust abdullah mahmud