selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53

aku sayang negara aku. aku cinta negara aku yang aman permai ini. tak sanggup aku menggadaikan maruah negara aku dengan perkara perkara jijik. tapi kali ini aku sedih sebab kemerdekaan negara aku ini telah dicemari dengan orang orang jahiliah moden...

pasti semua orang tahu orang jahilah pada zaman sebelum kedatangan islam di tanah arab...tapi sekarang ini ia talah berada di negara aku yang amat aku sayangi....kenapa....siapa...apakah tujuannya........ entah aku tak kenal siapa mereka....

kerana merekalah aku tidak memasang jalur gemilang. tidak seperti tahun tahun sebelum ini...dulu..akulah orang yang pertama memasang bendera di kereta dan di rumahku....tapi tahun ini...aku berkabung.....ya.. aku berkabung kerana segelintir umat jahiliah moden yang ada dalam masyarakatku.....

semoga Allah tetapkan keimananku.... janganlah ada dikalangan masyarakat terdekatku yang ada bersama sama jahiliah moden ini... siapakah mereka???????

mereka ialah orangn orang yang sanggup membuang anak haram mereka tak kira dimana mana sahaja....dalam longkang...dalam tong sampah......arghhhhhh aku rasa seperti mahu merobek perut, dada dan kemaluan mereka dan dicampakkan ke dalam kandang babi....gream betul aku rasa......tak ada hati perut.....celaka betul mereka ini.

aku juga berkabung tidak membaca akhbar tentang kes ini,,,menonton berita dan apa apa sahaja yang ada menyentuh kes pembuangan bayi ini. aku geram...aku marahhh..

kerana merekalah aku tidak menaikkan jalur gemilang. kerana merekalah aku merasa seperti berada di zaman darurat moden. kerana merekalah aku menangis bila melihat gambar bayi malang yang tidak berdosa ditinggalkan, dibuang, dimamah anjing dan banyak lagi. aku tidak sanggup untuk menatap gambar bayi bayi ini...

Ya Allah..kuatkan hatiku, kuatkanlah semangatku, sesungguhnya aku tidak mampu lagi melihat perkara sebegini saban hari...Ya Allah aku bermohon padaMu. jauhkanlah perkara sebegini dari berlaku dikalangan anggota keluargaku dan kenalanku yang terdekat, juga jauhkanlah ia dari berlaku dalam masyarakatku yang terdekat. ya Allah, selamatkanlah negaraku dari gejala ini.amin

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53

Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

lagi petua dr ust abdullah mahmud