Posts

Showing posts from July, 2010

real angle on kaba

assalamualaikum.... kali ni aku dapat maklumat yang Allah saja tahu kebenarannya. semasa aku mengikuti kuliah lepas maghrib di masjid soi., ustaz yang memberikan ceramah ada menyatakan bahawa dia pernah melihat satu video dari youtube tentang kononnya mungkin imej malaikat turun dari langit dan berada di atas kaabah pada musim haji tahun 2008. jadi aku pun cubalah cari dlm internet utk melihat klip tersebut... dan akhirnya aku berjaya melihat klip tersebut.. kini aku letakkan dalam blog aku mungkin sebagai rujukan atau apa apa saja yang boleh aku buat suatu hari nanti.... jadi, ini klipnya yang aku tak berani nak komen apa apa...hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...

Lagi petua dari ust Abdullah mahmud

Petua bagi menghilangkan parut akibat demam campak Dapatkan jagung muda yang dah ada isi putih kekuningan dan diparutkan. Kemudian dicampurkan dengan sedikit cuka dan sedikit madu lebah. Kemudian disapukan dibahagian yang berparut tadi. Insyaallah dengan izin Allah kesan parut tadi akan hilang. Bagi mengelakkan demam campak dari melarat ( yg baru nak naik ) juga ada cara bagi mengelakkan campak tadi dari naik ke bahagian atas badan. Caranya adalah seperti berikut : dapatkan jagung muda seperti yang dinyatakan di atas, parutkan jagung tersebut, kemudian dicampur dengan inai, sedikit cuka dan sedikit garam. Kemudian tampalkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi di bahagian tapak kaki. *petua ini saya ambil dari siri kuliah perubatan islam yang disampaikan oleh Ust Abdullah Mahmud.

Resepi nak buat kuah paprik

PAPRIK Sesuai dimakan dengan nasi putih Bahan-bahan ( 4 ) ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa Cara-cara Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

hakim kena jahit

5 julai 2010... hakim telah mencatat satu sejarah yang tak mungkin aku lupakan...berlaku satu kemalangan yang tragik dalam bilik air kedua..hakim telah memanjat sinki bilik air tersebut kononnya untuk membetulkan shower untuk mandi bersama adik adiknya.. nak dijadikan cerita..sinki tersebut jatuh dan telah pecah lalu terkena bahagian luar paha kanannya dan tekah menyebabkan luka yang dalam dan sepanjang lebih 3 cm.. aku pada waktu tersebut sedang mengambil wuduk untuk mengerjakan solat maghrib dan tiba tiba aku terdengar satu bunyi yang pelik dan dahsyat di bilik air budak budak ni dan .. aku berlari menuju untuk melihat apa yang berlaku...aku terdengar semua anak anak aku menangis dan si hakim ni sedang menangis meminta maaf tentang apa yang dilakukannya tadi... sambil memegang pehanya yang sedang berdarah. darah yang tak berhenti henti mengalir merayu mintak dimaafkan ... aku terus mengangkat keluar azy dan nurin yang sedang menangis. Nurin menanis sambil berkata " abah.. tolong

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa' sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya. Ibu bapa yang datang ke Darussyifa' ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa', Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu'min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasa