selamat hari bapa
semalam 20.06.2010 adalah tarikh yang dipilih menjadi sambutan HARI BAPA. aku ada bapa yang aku panggil abah......namanya OSMAN B IBRAHIM...
aku sayang abah aku........aku tak pandai nak ceritakan macam man aku sayang abah aku ni... tapi aku boleh mengimbau kenangan aku dengan abah aku......
kenangan 1( waktu aku kecil )
masa mula mula abah dan mak masuk rancangan ( FELDA )... apa yang masih ada dalam otak aku sampai sekarang ialah kami duduk dalam satu suasana yang asing.... rumah felda yang tiada bekalan elektrik dan air paip ke rumah.. cuma ada sebatang paip depan rumah yang dikongsi bersama jiran-jiran... abah pada waktu tu kalau tak silap aku ada sebuah vespa yang warnanya aku tak ingat dah yang digunakan untuk bergerak... tak tau lah pulak abah bawak tak vespa tu masuk ladang....
pada masa tu abah muda lagi, rambut pun ada style yang aku tak tau apa namanya.... mungkin abah boleh jawab nanti...gambar abah pada masa tu tu ada lagi disimpan di Kumai.... nanti aku nak ambik simpan....nostalgia tu...
mungkin pada masa tu aku tak berapa tahu lagi macam mana abah susah membesarkan aku seorang........ tapi aku sayang abah aku.....
aaaaa. ada lagi yang aku ingat... pada masa tu tak ada mainan lagi... nak keluar bandar jauh sangat..tiada jalan tar lagi..hanya jalan tanah merah sahaja sampai ke simpang kerayong...jadi satu satunya mainan yang aku suka adalah treler atau lori yang abah buat dari kayu....semuanya dari kayu.. kalau boleh aku nak suruh abah buat satu lagi sekarang sebab aku nak sangat hasil dari tangan abah ni...(kenapa tiba-tiba jadi sebak nih??????)abah tolong buat satu lagi lori dari kayu boleh tak??? along nak simpan....
aku ingat lagi aku main lori ni bawah rumah sorang sorang......pada waktu tu rumah felda ni tinggi lagi.... nanti aku cari gambar rumah felda asal.. aku rasa ada lagi....
buat masa ni aku hanya dapat ingat yang ini sahaja...mungkin kalau abah baca abah boleh ceritakan semula apa benda yang aku dah tak ingat tu...
kenangan 2 ( waktu sekolah rendah )
perkara yang aku paling ingat waktu sekolah rendah adalah ketika abah nak belikan kasut sekolah yang baru pada aku... abah akan menggunakan jengkal tangannya untuk mengukur tapak kaki aku... kalau tak guna jengkal abah mesti akan mengukur dengan menggunakan tali rafia dan abah akan pergi beli kasut sekolah untuk aku.... biasanya kasut yang abah beli tu mesti besar... abah kata pada aku " tak apalah along pakai kasut besar nanti muat juga.. kan kaki along makin besar...." kaedah yang abah bagi untuk menyelesaikan masalah kasut besar aku ialah dengan meletakkan kertas surat khabar lama di bahagian depan kasut. ladi bila aku pakai...ia akan rasa muat....ha... kan dah selesai masalah kasut besar....
waktu aku sekolah rendah dulu, abah dah ada motor honda c70. no PT4667. dengan moto ni lah abah hantar aku pegi sekolah dan pegi ladang... sekarang ni kat mana dah moto ni aku pun tak tau... entah entah sudah jadi besi buruk dah kot....
dengan motor ni jugaklah aku rasa abah dah mula menjual ikan dan sayur secara menjaja di sekeliling kumai.... dapatlah menampung kami sekeluarga pada waktu itu. adik aku pun dah lahir dah pada waktu tu...dia muda 4 tahun dari aku..
satu perkara yang aku ingat sangat fasal motor ni adalah pernah diletakkan garan dalam tangki motor ni oleh orang yang aku rasa aku kenal... sama sama jual ikan ... kalau betullah rumah dia dengan rumah aku tak jauh sangat pun... mungkin dengki dengan abah aku kot... emmmmm tak taulah manusia yang tak habis habis dengki.....
kenangan 3 (sekolah menengah)
aku bersekolah di SMB. seinagt aku semasa aku dalam tingkatan 1 dan 2, abah masih lagi menjual ikan dan mengambil ikan di felda tementi. sekolah aku satu hala dengan tempat abah mengambil ikan.... pada waktu pagi.. aku akan dihantar ke sekolah dengan duduk di atas tong ikan di atas motor. aku akan sampai ke sekolah sebelum pukul 6.45 pagi, jadi tiada siapa yang tahu cara aku sampai ke sekolah begitu awal... perkara ni hanya aku, mak dan abah saja yang tahu... adik adik aku semuanya tidak tahu rahsia ini......terima kasih abah.......
kenangan 4 (remaja)
habis sekolah aku ikut pak ngah aku kerja jaga di shah alam. dua bulan jer.. lepas tu aku cabut....balik kumai.. abah marah sangat kat aku ... aku buat dek jer... aku cakap pada abah... takkan abah nak suruh along jadi jaga sampai tua.....nanti along pergilah cari kerja lain.... aku tengok abah terdiam mendengar aku menjawab macam tu.... along mintak maaf yer abah...
kenangan 5 ( masuk maktab )
abah suka sangat bila dapat tahu aku diterima masuk maktab perguruan. tapi tak sampailah membotakkan kepala macam abah buat bila aku dapat adik perempuan. kalau nak tahu abah membotakkan kepala bila dapat anak perempuan yang ditunggu tunggu. aku dengar jadi cerita jugaklah kat kedai mara sekejap fasal abah botakkan kepala.......
berbalik pada cerita aku masuk maktab.... pasa masa ni abah dah ada kereta dah.. opel gemini yang dibeli dari pakcik basarudin atas bukit... jadi senaglah abah menghantar aku pergi ke kelantan.... banyak jugaklah kos untuk aku mendaftarkan diri tu... dan aku tahu abah bersusah payah mencari wang bagi menampung kos aku ke sana.....terima kasih..abah
kenangan 6 (sekarang )
sekarang aku dah berkahwin dan ada 3 orang anak... aku dah tahu macam mana susahnya nak jadi seorang ayah....aku mungkin lebih bernasib baik berbanding abah yang terpaksa keluar mencari rezeki sendiri seawal usia 16 tahun.. merantau dari kedah ke pahang ( cerita mak aku )
walau macammanapun aku amat berbangga dan bersyukur kerana aku ada seorang abah yang boleh aku sayangi dari dulu sehingga ke akhir hayat aku.... along sayang abah...
SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA walaupun sudah terlewat diucapkan dan pada aku setiap hari adalah hari bapa
sekian
Comments