Posts

Showing posts from May, 2010

AKU SAKIT PINGGANG!!!!!!!!!

Sakit pinggang... hari ni 25 mei 2010 sekali lagi aku kena sakit pinggang. Kali ni aku kena kat sekolah ketika aku nak mengangkat tong yang berisi minyak hitam yang hendak di buat garisan trek sukan sekolah. Adui... tuhan saja yang tahu macam mana sakit ni.... langsung rasa tak boleh berdiri... aku try jugak tapi tak leh tahan... aku berehat kejap di wakaf sekolah yang baru disiapkan dalam lima minit..tapi aku rasa macam tak leh nak duduk lama.. semua jadi serba salah... Aku pergi cakap kat Man aku sakit belakang dan aku terus naik ke makmal computer untuk berbaring.... aduiiii sedapnya boleh berbaring...tapi tak lama.. baring pun dah rasa sakit.... arghhhh. Nak buat macam mana lagi.. buat dek jer lah dalam makmal Komputer sorang sorang. Tengah dok baring sorang sorang. Aku dengar suara orang yang aku cam... suara zaid dengan kak ani. Diaorang cakap kasut yang aku pakai berkilat-kilat ada kat luar tapi orang tak ada... diaorang terus masuk dalam bilik su sambil cerita (kutuk) kat aku

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu p

SEJARAH VALENTINE DAY

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ? " Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) ." (Surah Al-An'am : 116) SEJARAH VALENTINE: Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan,

petua menangani sakit perut

Image
salam... kali ni aku nak menulis lagi pasal petua yang aku dapat bagi merawat sakit perut. aku rasa sakit perut yang dimaksudkan oleh ustaz tu ialah sakit peryt akibat keracunan makanan. caranya adalah dengan menggunakan madu lebah.... ok macam ni.... apabila kita sakit perut... kalau kita perasan tapak tangan kita akan berpeluh... bila kita perasan yang tapak tangan kita telah mula berpeluh.... ambillah madu lebah dan tuangkan di atas tapak tangan yang berpeluh tadi, selawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W dan jilatlah peluh di tapak tangan yang telah bercampur dengan madu lebah tadi... insyaallah jika diizinkan Allah maka sakit perut kita akan sembuh..... penawar ini juga aku dapat dari siri ceramah ust abdullah mahmud.....

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

Image
assalamualaikum..... kali ini aku nak menulis pula tentang nama-nama jin yang kerjanya mengganggu manusia. aku dapat maklumat ni dari siri ceramah yang aku ikuti di radio Malaysia Pahang pada tarikh 15 dan 16 mei 2010. ceramah ini disampaikan oleh ustaz Abdullah Mahmud. dulu aku berkesempatan menelefon ustaz Abdullah dan meminta keizinannya bagi aku mencuba beberapa petua yang telah aku dengari dari siri kulaih beliau di sekitar daerah Kuantan ini dan ust telah memberikan keizinannya kepadaku . Alhamdulillah...... kali ini pula aku berpeluang mengenali beberapa nama jin yang sentiasa berusaha mengganggu manusia dalam kehidupan harian kita. semoga aku dan jika ada yang membaca tulisan aku kali ini dapat mengelakkan dari memberikan nama-nama jin ini kepada anak yang dilahirkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak-anak kita menjadi tidak berapa baik dan rosak akhlaknya.. na'uzubillah hi min zalik... antara nama jin dan tugasnya adalah: ummu mildan - tugasnya ialah mengganggu ana

hakim dan nasyid

Image
sempena sambutan hari guru 2010 yang disambut pada peringkat kebangsaan di kuantan, ppd kuantan telah mengadakan satu pertandingan nasyid yang berlangsung di EC Mall pada 13 hb 5 2010. nak jadi ceritanya, anak aku ni, terpilih lagi dalam pasukan nasyid sekolahnya untuk bertanding. berlatih lebih kurang 3 minggu di sekolahnya sampai nak pergi mengaji pun tak sempat waktu petang. tiap-tiap hari balik rumah lebih kurang pukul 4.30 petang. aku la yg jadi mangsa pergi ambik dia kat sekolah.... jadi pada hari pertandingan si hakim ni, aku pun mengambil cuti untuk pergi melihatnya membuat pertandingan di EC Mall. ada la beberapa keping gambar dia aku sempat snap dan aku juga ada membuat rakaman video. walaupun aku tak berapa gemar dia menyanyi tapi aku bagi lagi lampu hijau untuk dia kali ini. lain kali aku rasa aku dah tak bagi dah dia kalau nak menyanyi. aku tak berapa suka kalau dia terus menggilap bakat dalam bidang nyanyian ni walaupun lagu nasyid. aku ni tak berapa suka sebab aku takut

my black exora

Image
tanggal 14.5.2010 nanti genapla 1 tahun aku memiliki exora. semalam 7.5.2010 aku baru tampal cukai jalan yang baru kat keta exora aku. dalam setahun ni aku banyak dok perati macam macam exora orang lain yang dah dibuat macam macam modifikasi. ada yang aku geram tengok pasal diaorang buat cantik pada pandangan aku dan ada exora yang aku tengok jadi geli hati, tah hapa-hapa. aku pun tak terkecuali dari melakukan modifikasi ringan terhadap exora aku iaitu aku tambah bodykit dan tambah head rest yang pada aku lebih sesuai dari head rest asal yang original. aku teringin gak nak pasang rim 17 inci tapi aku rasa tak berapa sesuai lagi fasal kereta ni masih dalam jaminan proton dan aku rasa buat masa ni biarkanlah dulu, tapi nanti tak taulah. dulu pun nyaris-nyaris aku rembat rim 17 offset kat kedai papan kat klang. nasib baik poket aku nipis ari tu... kalau tebal pokoet tu gerenti aku dah rembat. tak ingat dah jaminan kilang tu..he he....heeeee. ni gambar terkini keta exora aku......

bukit bertangga

Image
di kampung aku ada satu tempat perkelahan yang sangat glemer dengan panggilan bukit tangga. Jadi, bila aku balik ke kumai aku juga tak ketinggalan menjenguk tempat permainan aku masa kecik dulu. tempat berkelahlah dikatakan. sekarang ni dah banyak berubah dah lanskap bukit bertangga ni. waktu aku kecil dulu kalau nak pergi mandi, biasanya mengambil masa 15 - 30 minit baru boleh sampai, tapi sekarang dah tak sampai 5 minit perjalanan dah boleh mandi. dah ada jalan tar lah katakannnn. sekarang tak boleh bercerita panjang lagi kerana aku ada urusan yang lebih penting... nantilah kalau ada masa aku boleh ceritakan sikit fasal bulit tangga ni yang dikatakan ada 7 tingkat dan ada gua yang di dalamnya ada kepala kereta api.... tah lah aku sendiri pun tak pernah jumpa... yang aku pasti aku punya pisau rambo pernah hilang kat kawasan bukit tangga nih.... ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat ambil sambil aku ronda-ronda hari ni 08.05.2010 lebih kurang pukul 12.45 tgh. terdapat kolam kec

petua menghilangkan mabuk mengandung

Image
aku balik kumai sempena cuti hari hol negeri pahang dan sempena hari ibu yang di sambut sekarang ni pada tiap ahad minggu pertama bulan 5 tiap-tiap tahun. pada aku, setiap hari adalah hari ibu yang wajib bagi tiap anak mengingatkan ibu mereka termasuklah aku.... walaubagaimanapun, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU pada mak iaitu CHE MANIS BT HUSIN.. sambil aku duduk bersembang dengan mak tiba-tiba terkeluarlah topik mengandung ini. sebab adik ipar aku Nor sekarang ni tengah mengandung. dia ni dulu mabuk teruk jugaklah ... maklumlah mengandung sulong.. mak bagi satu petua bagi menghilangkan mabuk mengandung iaitu dapatkan jagung yang agak-agak tua yang biasanya dijual ditepi jalan. kemudian jagung tersebut perlulah dibakar tanpa menggunakan garam atau apa-apa bahan lain dan setelah masak , jagung tersebut bolehlah dimakan. insyaallah mujarab bagi menghentikan mabuk mengandung. kemudian barulah aku ingat dulu pun aku pernah mengamalkan petua yang sama dan ia