dah lama sangat bercuti

salammm.... dah lama sangat dah aku tak menulis dlm laman blog aku nih... tak ada mood dan tak ada sambungan internet kat rumah....

banyak perkara yang dah berlaku masa dan aku tak tulis pun apa bendanya tu... tapi tak apalah... biarkan ia berlalu sebagai sejarah. sejarah hitam atau putyih biarlah aku simpan sendiri...

kini aku dah ada sambungan internet kat rumah.. jadi bolehlah aku selalu menulis semula..

aku rasa topik pertama yang aku nak tulis adalah beberapa petua yang aku dapat dari siri ceramah agama dan aku takut lupa kalau aku tak tulis kat mana-mana..

perkara pertama yang aku dapat adalah cara melembutkan hati anak.. tak kiralah anak kecil atau anak yang dah besar. caranya adalah dengan menggunakan madu lebah. letakkan sedikit madu lebah pada hujung jari telunjuk dan suruh anak hisap jari telunjuk tersebut. sebaik-baiknya jari emak kerana emak yang telah melahirkan anak.. kalau anak dah besar dan tak nak hisap madu dari jari tekunjuk ada lagi satu cara iaituapabila ibu menyediakan air minuman untuk anak.. campurkan sedikit madu kedalam campuran minuman tadi dan kacau air tersebut dengan jari telunjuk ikut arah lawan jam dan niatkan agar ikhtiar kita tadi dapat melembutkan hati anak ini.

cara kedua adalah dengan menggunakan ayat al Quran iaitu ayat ke 19 surah Al Waqia. bacakan ayat tersebut ketika anak kita sedang tidur dan hembuskan ke ubun-ubun anak ayat tadi sehingga habis nafas. cuba beberapa kali dan insyaallah jika diizinkan Allah ia akan membuahkan hasil...

Aku rasa cukup dulu untuk kali ini ....

Comments

Popular posts from this blog

bukit bertangga

kenali nama-nama jin yang mengganggu manusia

aku dan basikal