Posts

Showing posts from September, 2010

memukat ikan

Image
29.09.2010.. adui penat sungguh aku rasa malam ni. baru pukul 9 malam......habis sakit sakit aku punya badan....kenapa hah????? aaaa baru aku ingat ...petang tadi aku pergi tarik pukat bersama pok cik Minor soi bersama dengan cikgu sabri smk Mat kilau...mula tarik pukat pukul 3.30 petang ...siap pukul 5 petang....3 kali tarik jer...berhenti.... sebab berhenti......2 bekas yg dibawa telah dipenuhi ikan. ikan bilis, ikan gelama dan beberapa spesis ikan kecil yang lain.. udang 2 ekor, sotong katak 1 ekor, ikan pari bintik biru 5 ekor, anak ikan sebelah sekor dan ada lagi lah yang aku tak tau namanya..... seronok tuuuu ni ha gambarnya... satu tong penuh....berbaloi sungguh tarik pukat.... tengah kelas ikan....aku ambik sikit jer... jadi hidangan waktu makan malam....nyammm...... segarnya ikan...terus dari laut ke dalam kuali dan periuk.... buat member yang teringan tarik pukat tu, boleh kontek aku dulu kalau nak tarik pukat sebab aktiviti ni hanya dilakukan bila air surut dan keruh sahaja.

hakim oh hakim

Image
dulu kaki kena sinki pecah ...kena jahit... malam ni tulang tangan dekat siku pulak retak , kena simen... tak tau la apa nak jadi dengan budak hakim ni....esok dah nak sekolah

SELAMAT HARI RAYA

Image
assalamualaikum... setelah sebulan kita menunaikan ibadat puasa, kini tibalah hari kemenangan bagi umat islam yang berjaya menewaskan nafsu sepanjang sebulan berpuasa. kali ini aku beraya@menunaikan sembahyang raya di Kumai. semua adik adik aku ada di sana kali ini dan seperti kebiasaan yang aku selalu buat adalah bergambar kenangan tiap kali menyambut raya dan inlah gambar keluarga aku pada tahun ini.... masih tiada pertambahan.... mungkin tahun depan akan ada tambah lagi 2 orang....insyaallah... d ari kiri atas : aku la ChekE, abah (Osman b Ibrahim), mak (Che Manis bt Husin) yang terpaksa menyengetkan kepala sebab kena lindung, Azy (Nurin Azyyati), Darling (Zarilawati bt Ab Manaf) dan angah (Mohd Nizam). bawah: Chu@adik Siti (Siti Noor Hidayah), Nurin (Nurin Aqilah), cik On (Nazrul), Hakim (Muhammad Faiz Hakim) dan Mak Ngah(Nurba'yah) sekarang gambar aku dan isteri aku beserta anak anak sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin......

Aku sakit hati, hati aku sakitttttttttt

Memang aku sakit hati bila aku menyaksikan seorang ibu ditinggalkan oleh menantu yang baru berkahwin dengan anak gadisnya kira kira 2 bulan yang lepas pergi meninggalkannya untuk menyambut 1 syawal di rumah keluarganya. Pergi membawa bersama isterinya yang kononnya dia sayang. Aku tak tahu apa erti kasih sayang oleh sang menantu baru itu! Mungkin sayang padanya bererti ada disampingnya selalu? Tapi bagaimana dengan sayang seorang ibu yang baru kehilangan suami tercinta? Selalunya aku lihat perkara sebegini melalui kaca television sahaja, tapi kali ini aku dapat melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri perkara yang aku sifatkan sebagai tanggang moden. Anak pergi meninggalkan ibunya yang sedang bersedih kehilangan tempat mengadu. Pergi menyambut 1 syawal dirumah lain yang mungkin akan memberikan kebahagiaan ke[ada sang anak!!! Aku sakit hati melihat sang anak mengemas barangnya dan diletakkan ke dalam kereta untuk pergi entah kemana? Kesyurga atau neraka???tidak mereka terfifir den