Posts

Showing posts from June, 2010

wan dan cucu

Image
anak : buat apa tu abah???? abah : buat senapang.... anak : senapang? siapa punya?.. takkan abah nak main senapang lagi? abah : hish..ni hakim punyalah.... itulah sedikit perbualan anatara seorang ayah dengan salah seorang anaknya pada masa cuti penggal persekolahan yang lalu... tiba-tiba emak menyampuk..."tu lah wan, kalau dengan cucu. cucu nak senapang pun sanggup buat. kalau anak dulu nak main gasing pun kena buat sendiri". emak membela anaknya yang sulong...... itulah cerata kalau seorang datuk dengan cucunya. cucu nak apa pun boleh bagi tapi kalau masa dulu...dengan anak.hemmmmm payahlah nak cerita. ni gambar yang aku suruh adik siti ambil waktu abah aku sedang menyiapkan senapang kayu cucu dia..HAKIM. alahai abah...tak apalah... inilah kasih seorang datuk kepada cucunya.

cik On dah bertunang.....

Image
27 jun 2010......... no 22 lorong sg soi baru 7,taman suria tropikal... 11.00 pagi... rombongan dari kumai sampai..... ni sikit cerita bergambar di rumah chekE pada hari tersebut..... ni aku gubah sendiri...cantik tak??????bunga hidup tuuuuu.. pak haji salleh, pak lang ramli dan pakcik zul...port dalam rumah.....pak ngah dun, pak cik rahim port kat luar rumah...... ambik angin kuantan lah katakan..... mak lang, mak ngah, mak cik miah dan mak nagh diah sedang renovate hantaran.... diaorang tak perasan pun aku ambil gambar diaorang.... ha...tu... awat tak ambik lagi bunga tu.... mak bagi arahan pada ahli skuad... jauh anak aku beli bunga tu....he..he..acah jer... 5 dulang...cukup tak lia ??????? 2 bentuk cincin...yang kanan ..cincin merisik....yang kiri cincin bertunang.... 27 jun 2010.... pukul 2.15 petang...... taman indera sempurna.....kuantan.... rombongan meminang dah sampai...... gambar-gambarnya..... di sini....... perbincangan sedang berlangsung......... menunggu petunang keluar

Adik aku sorang ni dah nak bertunang

Salam .... Pejam celik pejam celik , kini sorang lagi adik aku nak bertunang.......NAZROL... nama yang mak dan abah bagi... dating kuantan orang panggil BLACK...hitam tuuuuuuu. Tarikh nak bertunang 27 jun 2010. Jumlah dulang hantaran aku rasa 5 dulang... yang lain tak tau lagi.... Kalau tak ada aral mak dengan abah akan sampai kat rumah aku pada pagi ahad....nak pergi meminang lepas zohor... Oklah....hari ni 26 jun 2010 semua adik adik aku berada di rumah aku.....angah dengan nor, adik siti datang dengan bas, si On yg nak bertunang ni semalam lagi dah ada kat kuantan tapi baru petang ni sampai rumah aku.... Alright...stop dulu nanti bila tiba harinya aku sambung lagi kisah ni ok...........

selamat hari bapa

Image
semalam 20.06.2010 adalah tarikh yang dipilih menjadi sambutan HARI BAPA. aku ada bapa yang aku panggil abah......namanya OSMAN B IBRAHIM... aku sayang abah aku........aku tak pandai nak ceritakan macam man aku sayang abah aku ni... tapi aku boleh mengimbau kenangan aku dengan abah aku...... kenangan 1( waktu aku kecil ) masa mula mula abah dan mak masuk rancangan ( FELDA )... apa yang masih ada dalam otak aku sampai sekarang ialah kami duduk dalam satu suasana yang asing.... rumah felda yang tiada bekalan elektrik dan air paip ke rumah.. cuma ada sebatang paip depan rumah yang dikongsi bersama jiran-jiran... abah pada waktu tu kalau tak silap aku ada sebuah vespa yang warnanya aku tak ingat dah yang digunakan untuk bergerak... tak tau lah pulak abah bawak tak vespa tu masuk ladang.... pada masa tu abah muda lagi, rambut pun ada style yang aku tak tau apa namanya.... mungkin abah boleh jawab nanti...gambar abah pada masa tu tu ada lagi disimpan di Kumai.... nanti aku nak ambik simpan..

jersi baru LIVERPOOL

Image
akhirnya aku berjaya mendapatkan jersi liverpool yang baru ni di kompleks bebas cukai pengkalan kubur pada 12 mei 2010. dah lama dah aku nak beli jersi liverpool tapi terhalang dek cop minuman keras yang ada pada baju yang lama. tapi itu dulu, sekarang liverpool telah mandapat penaja baru dan sekarang dah tak ada dah cop minuman keras tu..... apa lagi.......badan dah ada kat kelantan, jadi terus ke pengkalan kubur untuk cari jersi ni. memang payah nak dapat benda baru dan ada kedai di sana yang tak dapatm lagi stok baju ni.... sebelum aku ke pengkalan kubur tu.... aku ada ke wakaf che yeh yang terkenal dengan pasar malamnya yang menjangkau sehinggan pukul 5 pagi untuk mencari jersi ni tapi hampa... ada tapi saiz pulak tak ada..... semuanya saiz M. aku ingat nak rembat jugak tapi harga yang paling rendah aku boleh dapat ialah RM 50. huh.. cekik darah sungguh......nak beli..tak beli..nak beli ...tak beli...tak beli..tak beli.... dan aku pun tak beli... geram jer aku rasa..... jadi berbal

aksi terbaru Azy

salaammm. kali ni aku tak leh cerita panjang sebab tak ada apa apa kesan...... jadi saksikan sendiri perkembangan terkini Azy........ amacam????? ada perkembangan tak selepas berusia 1 tahun 8 bulan.

pelik tapi benar

Image
aku dapat ambil gambar ni di kelantan sewaktu aku pergi ke majlis kenduri sepupu isteri aku baru baru ni. ada seekor kucing yang galak bermain depan orang ramai dalam rumah tu...aku tengok sekali macam ada yang tak kena.. jadi aku tengok sekali lagi dan kali ni sah bahawa memang ada sesuatu yang tak kena dengan kucing ni.... aku terus tangkap dan pegang kucing ni dan aku dapati bahawa terdapat kelainan pada kucing ini dengan ia memiliki jumlah jari kaki yang lebih iaitu 14 jari bagi kaki hadapan dan 12 jari pada kaki belakang... kenapa tak percaya.... ha kalau tak percaya cuba tengok gambar dibawah ni.... gambar di atas semuanya menunjukkan jari di kaki hadapan.. betul tak???? haaa.... ni jari di kaki belakang........ begitulah kuasa Allah yang menjadikan makhluk sebagai bukti wujudnya Ia.. wasssalam...

birthday nurin

Image
pada 18 mei yang lepas, merupakan hari ulang tahun kelahiran nurin yang ke 6 dan aku dah merancang untuk buat sambutan hari ulang tahunnya di kelas tempat dia belajar sekarang iaitu kelas pra sekolah di SKKP. ni ada beberapa keping gambar yang di snap oleh guru kelasnya. aku tak dapat hadir ke majlis itu sebab aku ada satu misi penting di tengah padang sekolah iaitu menyiapkan trek sukan dengan azman. menerima hadiah dari cikgu muni sedang tiup lilin kek hari lahir memberi gula gula dan kek kepada kawan kawan diperhatikan oleh cikgu muni.... apa apa pun abah nak ucapkan selamat hari lahir walaupun dah sebulan dah kakak sambut ulang tahun ke 6.. abah sayang kakak....

Rambut baru Azy

Image
Hari ini merupakan satu lagi hari yang bersejarah buat Azy...kenapa????.... Ha...ini sebabnya dah perasan ke belum???? Tu lah dia rambut baru Azy...rambut yang panjang tu terpaksa dipotong sebab si Azy tak tahan dengan panas dan rambut yang panjang sebelum ni telah menyebabkan ruam di sekeliling leher... jadi jalan penyelesaiann ya adalah dengan memotong rambutnya yang panjang tu jadi macam dalam gambar di atas.....bulat kan muka dia ni...he he heeeee Ni ada beberapa gambar lagi ........... adik ni comellah.....kata hakim berulang kali. Sekian bye.......