Posts

Showing posts from October, 2010

kepah la pulak....

Image
assalamualaikum..... hari ini 12.10.2010 jam 3.30 petang, sekali lagi stamina aku diuji. kali ni aku pergi mencari kepah di pantai anak air..... lokasi sebenar dirahsiakan atas sebab sebab teknikal...he he.. jumlah tangkapan kali ni dianggarkan mencecah 10kg dalam tempoh 1 setengah jam sahaja....huh... sakit pinggang aku....tapi aku puas hati dengan tangkapan aku kali ni..... ni ha buktinya...bagi yang tak percaya atas kebolehan aku menjadi nelayan pantai...he..he.... sampai rabak tangkai beg plastik tu...berat tu..... mencuci kepah kat rumah sambil tangan nurin interframe.. si azy bermain dengan kepah hidup...siap gigit. pukul 6.45 petang...dah jadi kepah rebus dah satu periuk... sedap tuuu. satu periuk lagi jadi kepah masak lemak cili api.. yang ni lagi sodap..... *ayat ni khusus untuk Kz , Hasri dan Ikhwan kalau baca blog ni....korang bila lagi nak jadi nelayan pantai sementara macam aku??????

petua

salam...... kali ini aku nak berkongsi lagi beberapa petua dari pengamal perubatan islam iaitu ustaz sarhan shafie.. 1. terkena duri kelapa sawit - ambil biji kelapa sawit, ketuk sedikit biji kelapa sawit tadi dan lumurkan pada tempat yang terkena duri tadi. 2. terkena sengat ikan keli@sembilang - ketuk kepala ikan tadi, ambilotak ikan tersebut dan lumurkan pada tempat yang kena sengat tadi. 3. dipatuk ular - cari ular yang mematuk tadi, ambil sisik yang paling hujung sekali dan makan sisik tersebut. 4. buasir - tumbuk satu labu bawang putih, jemurkan bawang yang telah ditumbuk selama 3-4 hari, jadikan seperti maajun dan dimakan setiap hari insyaallah.....selamat mencuba..