Posts

Showing posts from September, 2009

nurin dan kutu babi..kutu babi????????

Image
kali ni aku nak tulis lagi satu cerita fasal nurin ni. kalau dulu dia sembur minyak wangi ke dalam mata, kali ni dia sakit telinga fasal kutu babi masuk ke dalam telinga dia. kalau tak salah aku dia mula kata sakit telinga pada 2.9.09, jadi pada 3.9.09 aku suruh ibunya membawa si nurin ni ke klinik syed badarudin di taman berjaya permai dan bila di periksa, doktor menyatakan ada kutu babi dalam telinga dia. dapat la ubat titis telinga.... aku pun titis la ubat dalam telinga dia dan doktor kata kalau tak sembuh dalam masa dua hari, kena bawak dia pergi ke hospital tapi dalam dua hari tu sembuh. oklah... tanggal 13.9.09. sekali lagi si budak nurin ni mengadu sakit dalam telinga yang kutu babi masuk tu. aku pun suluhla dalam terowong tu nak tengok. jumpa la dua tiga bintik hitam. mungkin tahi kutu babi kot. aku tak pasti lalu aku bawak la nurin ni sekali lagi ke klinik. doktor pun menoropong dalam terowong tu dan kata mungkin ada lagi dan telah memberi surat untuk ke hospital kuantan bagi

Cara Basuh Tangan Yang Betul

Check out this SlideShare Presentation: Cara Basuh Tangan Yang Betul View more documents from innet .

main bola

Image
ni dia bakal pemain bola terkenal. AZY...... acah jer. ni la anak aku yang bongsu setakat ni. kalau nak ilut tarikh lahir , 10 hb september 2009 akan berumurnya 10 bulan. dalam 2 minggu kebelakangan ni dia dah mula menapak dan bertatih berjalan dan lebih kurang 10 hari dulu dia ddah mula berjalan sendiri. ye lah .. nak berdikari katakan. tapi pada hari ini 09.09.09 dia dah boleh berjalan dengan baik dah. nak kemana-mana mesti berjalan. aku pun tumpang seronok sebab dah kurang la kerja aku mendukung si azy ni bila bersiar-siar. walau macam mana pun semejak dia pandai berjalan ni, waktu aku berbuka puasa dah tak sereleks dulu. ada jer modal si azy ni nak berjalan dalam pingganlah, nak bertatih dalam kuah gulailah dan macam-macam lagi. dulu aku bagi jer sebijikm pinggan isi nasi putih, settle masalah, tapi sekarang macam macam ada.... walau bagai mana pun aku gembira sebab perkembangan anak anak aku semuanya ok. alhamdulillah..... video klip di bawah aku ambil pada tarikh 04.09.09 sewaktu